Photobucket

Islamic Widget

Wednesday, September 30, 2009

Kemanisan Zikrullah : pujian-pujian untuk Tuhan Yg Esa, Allah S.W.T


Zikrullah merupakan puji-pujian kepada Allah S.W.T,tuhan pencipta alam.Tujuannya adalah supaya dapat kita hubungkan diri kita dengan Allah swt dalam setiap masa dan keadaan. Hendaklah istiqamah berzikir sebanyak 300 kali pagi dan 300 kali petang, masa yang sebaik-baiknya mengingati Allah s.w.t sebab waktu pertukaran langit di mana para malaikat akan membawa berita baik ke langit. Kekuatan zikir lebih deras menembusi cahaya dan membuka langit hingga tiang-tiang Arasy bergoyang. Selepas zikir mintalah kepada Allah semoga Allah swt mengampunkan dosa-dosa suami, ibubapa dan umat Rasulullah saw dan lakukanlah dengan istiqamah.

Kelebihan Berzikir:
1) Menghilangkan penyakit hati seperti hasad dengki dan iri hati
2) Menjauhkan diri dari syaitan
3) Menghilangkan perasaan dukacita
4) Menghidupkan hati
5) Memberi ketenangan jiwa
6) Mendatangkan murah rezeki, memberi Nur pada wajah dan rumahtangga

Inilah kelebihan yang Allah berikan kepada Manusia. Ayuh, kita hidupkan amalan ini supaya sunnah Rasulullah terus hidup di zaman manusia mudah alpa.Tanamkan azam di hati kita...


hayatilah zikir ini...
http://www.youtube.com/watch?v=bqB00JwLLlg

http://www.youtube.com/watch?v=k5073Ek24Yk

http://www.youtube.com/watch?v=xivDpUB3PxU

1 comment:

  1. Assalamualaikum.......
    Berkaitan dengan kemanisan berzikir, mungkin boleh diletakkan bahan-bahan bacaan zikir serta zikir beraudio yang boleh dilink bagi memberikan kemanisan lagi kelebihan zikir

    ReplyDelete