PENDAHULUAN
Satu-satunya negeri di Malaysia yang mencatat sejarah kegemilangan dalam gerakan fahaman Wahhabi ialah di Negeri Perlis. Sebagai sebuah dari negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, kelihatannya Perlis semacam tidak ada kisah atau sejarah menarik. Namun jika diteliti dari rentetan sejarah, terdapat banyak keistimewaan yang berkembang di negeri Perlis dari dahulu hinggalah sekarang. Demikian juga mengenai pergerakan fahaman Wahhabi, barangkali tidak ada satu negeri pun yang dapat menandingi kehebatan pengaruh dan kedudukannya seperti yang terdapat di Perlis.
Perlis satu-satunya di antara semua negeri di Malaysia terkenal sebagai negeri tidak bermazhab. Dalam perlembagaannya tercatat: Ahli Sunnah wal Jamacah. Pada pandangan Majlis Agama Islam Perlis, mazhab-mazhab fiqah ialah pendapat ulama, oleh itu majlis tidak terikat kepada mana-mana mazhab. Di dalam mana mazhab mana pun yang jelas dan nyata pendapat mereka itu daripada kitab Allah atau Sunnah RasulNya atau jemaah-jemaah sahabat Rasulullah maka Majlis sedia menerima dan beramal dengannya. Sekiranya pendapat mazhab mana pun yang tidak ada dalil daripada kitab Allah atau sunnah Rasulnya atau jemaah sahabat Rasulullah maka Majlis tidak terikat dengan pendapat mazhab itu.
Wahhabi
Satu fahaman yang diasaskan oleh satu jemaah yang berpengkalan di Arab Saudi pada kurun ke 17. Ini ialah sebuah gerakan yang mahu mengembalikan keaslian Islam dengan kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah tanpa ada kompromi dalam hal-hal yang bercanggahan dengan dua sumber tersebut.
Pengikut-pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab berpegang kepada tauhid, dan memastikan semua keputusan mesti berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Beliau adalah Syeikh al-Islam al-Imam Muhammad bin cAbdul Wahhab bin Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin al-Masharif at-Tamimi al-Hanbali an-Najdi. Mereka dipimpin oleh Muhammad bin Sacud, mereka mempengaruhi seluruh Jazirah Arab.
Apa ada pada nama, dan walau dari mana sekalipun gelaran Wahhabi ini dimulai namun ia merupakan satu gerakan yang sentiasa menimbulkan kontrovesi sepanjang zaman.
Menurut Dr Yusuf Qardawi, Wahhabi ialah gerakan Salafiyyah Tajdidiyah yang dibawa oleh Ibnu Taimiyyah dan murid-muridnya. Kelompok ini mempunyai pengaruh yang sangat mendalam dalam masalah aqidah, fiqah, pemikiran dan akhlak sampai sekarang ini.
Mungkin ada pihak yang tidak setuju dengan gerakan Wahabiyyah, yaitu gerakan salafiah yang bersandar kepada peninggalan fahaman Ibnu Taimiyyah tetapi ia tidak dikenali sebagai pembaharuan dan ijtihad. Oleh kerana itu Dr. Muhammad Imarah menyebutnya dengan Salafiyyah al-Nususiyyah. Yang dimaksud dengan nususiyyah ialah memahami nas secara harfiyyah (secara huruf), dan mungkin gerakan inilah yang berpengaruh terhadap banyak orang yang mengaku sebagai penganut salafiah pada masa kita sekarang ini, yang menentang pembaharuan.
Di Malaysia, fahaman Wahhabi ditakrifkan dengan pelbagai taksiran dan fahaman tersendiri seperti fahaman yang banyak menolak amalan sunat golongan Ahli Sunnah wal Jamacah yang diamalkan oleh umat Islam di negara ini seperti talkin, tahlil arwah dan bacaan Yaasin malam jumaat
Ada yang menyatakan ia merupakan satu pendekatan keras semata-mata memberi penekanan kepada ayat-ayat Allah dan sunnah Rasulullah, tawassul, syafaat dan sebagainya.
Tidak semestinya penggerak fahaman ini semestinya mempunyai kaitan dengan Muhammad bin cAbdul Wahhab ataupun menjadikan kitab-kitabnya sebagai rujukan tetapi memadai dengan memakai manhaj akidah dan fiqah yang sama.
Tiada puak yang mahu mengakui mereka adalah Wahhabi walaupun menyetujui dan membenarkan gerakan Muhammad bin cAbdul Wahhab. Ini menimbulkan satu persoalan, kenapa gelaran “Wahhabi” dipandang negatif oleh pengikut manhaj Muhammad bin cAbdul Wahhab sendiri sedangkan mereka bermati-matian mempertahankan akidah dan syariat yang diperjuangkan beliau. Dari segi bahasa sendiri pun ia tidak membawa kepada makna yang negatif bahkan merujuk kepada salah satu nama Allah (Al-Wahhab). Mereka lebih selesa menggelar gerakan mereka sebagai pejuang sunnah, salafi dan sebagainya. Ini makin menjadikan gelaran ‘Wahhabi’ semakin dipandang negatif.
PERSAMAAN ANTARA FAHAMAN WAHHABI DI PERLIS (AS-SUNNAH) DENGAN FAHAMAN MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB
Di Negeri Perlis, golongan Wahhabi melabelkan diri mereka dengan gelaran as-Sunnah. Mereka menolak gelaran Wahhabi kerana mereka berpendapat gelaran Wahhabi diberi oleh musuh gerakan pemurnian akidah umat Islam. Walau bagaimanapun pengkaji juga tidak menyalahkan pihak luar memandang golongan as-Sunnah di Perlis adalah Wahhabi kerana ia menepati beberapa aspek fahaman ibadat seperti yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab iaitu pengasas fahaman Wahhabi ini.
Secara keseluruhan mereka menepati manhaj akidah dah fiqah yang dibawa oleh Syeikh Muhammad bin cAbdul Wahhab.
Ciri-ciri yang terperinci dalam fahaman wahabbi yg bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah
i) Mengutamakan dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah demi menjaga ketulenan amalan umat Islam. Ini telah jelas di dalam kitab Akidah Syeikh Muhammad bin cAbdul Wahhab . As-Sunnah di Perlis juga berpendirian demikian. Secara kesimpulan mereka tidak mahu beramal melainkan ada dalil yang kuat.
ii) Menolak taklid mazhab yang empat dengan mendakwa ia adalah taklid adalah sesat dan menganggap imam mazhab laksana paderi dalam ajaran Kristian.
iii) Memahami bidaah dengan makna dalam ruang lingkup yang sempit. Mereka meletakkan setiap perkara yang yang tidak pernah dilakukan Rasulullah adalah bidaah yang menyesatkan dan menggolongkan pengamalnya ke dalam golongan api neraka. Ini merupakan pendapat Imam Syatibi yang dipegang oleh Wahhabi atau salafi di seluruh dunia. Fahaman bidaah seperti ini juga yang disebarkan oleh Institut as-Sunnah.
iv) Mengharamkan majlis sambutan hari kebesaran Islam seperti mengadakan sambutan Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain. Ini pendapat Syeikh cAbdullah al-Harari dan pendapat ini juga satu dipegang oleh as-Sunnah di Perlis.
v) Menafikan sampainya pahala amalan bacaan al-Qur’an kepada mayat. Oleh kerana itu, mereka membidaahkan amalan talkin dan bacaan al-Qur’an kepada si mati.
vi) Majlis bacaan tahlil dan talkin adalah bidaah.
vii) Lafaz Usolli sebelum sembahyang adalah bidaah.
viii) Membidaahkan bacaan Qunut secara berterusan.
ix) Berdoa dan berzikir selepas solat adalah bidaah.
x) Majlis zikir adalah haram.
Secara kesimpulannya,kita sebagai umat yg mengikut kepada ahli sunnah wal jamaah haruslah berhati-hati dengan fahaman wahabi ini. Fahaman ini semakin menular di kalangan masyarakat melayu sekarang.Semoga Allah memberi petunjuk yang sebaik-baiknya kepada umat manusia Kerana Allah S.W.T adalah Tuhan yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Secara kesimpulannya,kita sebagai umat yg mengikut kepada ahli sunnah wal jamaah haruslah berhati-hati dengan fahaman wahabi ini. Fahaman ini semakin menular di kalangan masyarakat melayu sekarang.Semoga Allah memberi petunjuk yang sebaik-baiknya kepada umat manusia Kerana Allah S.W.T adalah Tuhan yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
GOOD!
ReplyDeletekupasan idea yang baik, dapat menambahkan lg pengetahuan kepada sy sebagai tetamu blog anda ,,,
ReplyDeleteterima kasih kepada yang memberi komen...kupasan idea ini adalah supaya kita berhati-hati dengan fahaman ini...kerana fahaman ini bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah..
ReplyDelete