Politik sememangnya merupakan cabang daripada ilmu yang mana satu mana ia diperkenalkan sebagai " an art science how to govern" ( satu seni kebijaksanaan) dan pengetahuan bagaimana hendak memerintah. Takrifan ini merupakan satu pandangan dari sudut falsafah barat. Asalnya daripada perkataan greek iaitu polis yang memberi erti sebuah kota atau a city. Oleh itu mereka telah memusatkan segala aktiviti termasuk negara dan masyarakatnya ke dalam sebuah ibu kota yang disebut sebagai Athena. Berasaskan perkataan politik tersebut, maka lahirlah tokoh-tokoh falsafah yang menulis buku-buku yang berkaitan dengan politik antarany Aristotle yang telah menulis bukunya politica dan plato dengan bukunya yang berjudul politeia. Kedua-dua buku tersebut merupakan perintis dalam membincangkan perihal politik menurut pendekatan ataupun acuan barat.
Menurut perspektif Islam pula, perkataan politik berasal daripada istilah arab yang disebut sebagai siasah. Para sarjana Islam sangat menyedari akan perihal kepentingan ilmu siasah dalam kehidupan bernegara. Oleh itu, Kurdi Ali menjelaskan keperluan bangsa kepada politik sama seperti perlunya manusia kepada air dan udara. Beliau telah mendefinisikan perkataan siasah sebagai ilmu pemerintahan yang harus dimiliki oleh para ahli yang betul-betul menguasai dasar-dasar pengetahuan dan peraturan dalam bernegara. Dalam sesebuah pemerintahan, politik memainkan peranan yang penting dalam menentukan manakah yang akan memegang teraju pemerintahan sesebuah negara tersebut.
Perkataan politik telah wujud sejak permulaan hidup manusia lagi apabila manusia mula menetap di tebing sungai Eupharates dan Tigris iaitu tempat yang dikenali sebagai Asia Barat. Menurut D.D.Rapheal, politik merangkumi perbuatan dan tingkah laku rakyat atau sesebuah masyarakat yang membawa kebaikan kepada kerajaan. Manakala Robson, berpendapat politik itu jelas berkisar pada perjuangan untuk memperoleh dan mempertahankan kekuasaan, menjalankannya atau mempengaruhi orang lain.
Sistem parti politik sebenarnya wujud bersempena munculnya sistem demokrasi secara tidak langsung. Ia berfungsi sebagai parti yang memerintah sekiranya memenangi pilihanraya dengan suara majoriti. Parti-parti politik ditubuhkan disebabkan perbezaan pandapat daripada golongan tertentu dalam masyarakat.Oleh itu,mereka membentuk parti-parti supaya kehendak mereka dapat dicapai melalui proses demokrasi seperti pilihan raya. Dalam dunia moden sekarang, terutama di bawah sistem demokrasi kebanyakan parti politik diwujudkan tanpa berlandaskan syariah. Konsep parti politik terkini hanya untuk bertanding dalam pilihan raya dan mencari pengaruh rakyat dalam pilihan raya tersebut. Oleh yang demikian, tidak salah kita berpolitik tetapi ikutlah mengikut landasan syariah yang betul.Betulkan niat untuk berpolitik.Semoga dengan niat yang betul, Allah memberi pahala yang berlipat-lipat kali ganda.AMIN.
salam...politik Islam dan barat mempunyai bezanya antara satu sama lain..politik Islam dan barat telah wujudnya tokoh yang tersendiri..dalam berpolitik ini kita perlu ada niat yang ikhlas dan betul demi kebaikan sesebuah negara itu.Dalam Islam terutamanya mestilah ianya tidak terkeluar dari landasan yang sepatutnya supaya konsep yang akan dilaksanakannya menjadi tepat.
ReplyDelete