LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Popok telah didirikan pada tahun 1965 dengan hanya sebuah bangunan sahaja di atas tapak asasnya. Bangunan ini didirikan oleh jabatan Pelajaran sendiri.
Sejarah awal penubuhan sekolah kebangsaan popok ini bermula daripada kesungghan dan ketekunan oleh beberapa orang Ketua Kampung sekitar sekolah ini.
i. K.K Balansing bin Novunsing - Ketua Kampung Kampar
ii. K.K Mondori bin Dumpivau - Ketua Kampung Parong
iii. K.K Mojimbun bin Tangka - Ketua Kampung Mangkupa
iv. K.k Aping bin Akil - Ketua Kampung Popok
SK Popok dari Pintu Masuk |
Keperihatinan tentang betapa pentingnya pelajaran bagi menceriakan kehidupan masa akan datang, maka salah seorang daripad ketua kampung iaitu K.K Aping bin Akil telah memohon pembinaan sekolah ini kepada Resudeb atay oada garu ubu dujebaku sebagau Oegawau Daerah Kudat pada masa itu iaitu Tuan Erik Dinggol.
Nasib menyebelahi K.K Aping keran permohonan beliau telah mendapat perhatian daripada Residen yang berasal daripada Australia itu. pada awal tahun 1965, Residen Kudat iaitu Tuan Erik Dinggol bersama-sama debgab OKK Hj. Awang Ali telah datang ke tapak sekolah ini bagi pemriksaan tapak pembinaan.
Pada bulan Febrauri 1965, Residen Kudat itu telah memberi surat kelulusan pembinaan sekolah ini. Jabatan Pelajaran telah memberi peruntukan pembiayaan pembinaan sekolah ini dan sebuah rumah guru yang diketuai oleh kontraktor En. Chan Youn Chaw.
Akhirnya pada tahun 1965, tersergamlah sebuah bangunan sekolah yang berlantaikan simen dan sebuah rumah guru yang dibuat daripada kayu dan beratapkan zink.
Pada awal bualan Januari 1966, sekolah ini tleh memulakan operasainya tanpa meja dan bangku, dengan Guru Besar pertamanya iaitu En. Sabin bin Landasan yang berasal daripada Kota Belud. Murid pada ketika itu berjumolah sekitar 67 orang dan bilangan guru hanya seorang sahaja.
Pada awal tahun persekolahan awal tahun persekolah ini bermula, ianya hanya mempunyai 2 buah kelas sahaja yang berukuran 24 kaki x 60 kaki. Kelas-kelas ini dibahagikan kepada 4 darjah bagi menempatkan murid Darjah Satu, Dua, Tiga dan Empat. pada pertengahan tahun 1966, seorang lagi guru pelatih dihantar ke sekolah ini iaitu En. Janir bin Jamari berasal daripada Tandek. Selapas itu, beberpa orang guru lagi telah dihantar ke sekolah ini bagi mengatasi pertambahan pelajar.
Tahun 1981 sebuah bangunan baru yang mempunyai 4 buah darjah, 1 bilik pejabat Guru Besar, sebuah bilik guru dan sebuah bilik kecil stor teleh dibina bersama-sama dengan 2 buah rumah guru. Pada tahun 1982, sebuah lagi bangunan didirikan dengan 3 buah kelas dan 1 kelas makmal sains serta sebuah rumah guru.
Tahun 1992 sebuah bangunan untuk Pra sekolah telah dibina. pada tahun 1998, sebuah banguan lagi dengan bilangan kelas sebanyak 3 buah juga dibina di sekolah ini. pada tahun 2005, sebuah bangunan konkrit 1 kelas telah dibina bagi menggantikan bangunan pra sekolah telah uzur. Persekitaran Sk Popok |
Murid-Muridku yang tersayang |
Blok A, Tahun 1, Tahun 2 dan bilik Agama/ J-Qaf |
Makmal Komputer: Arena celik IT |
Blok bagi Kelas Tahun5 & 6 |
Blok A & makmal |
Blok A & B ( Blok B: Kelas thn 3 & 4) |
Kumaa sid tongo pinsan2 ku, om kikiawi kobpenaian sid Islam ... Salam sejahera kumaa keluarga om isai isai ih..
Waro ot pokirimon ku ot link laman Web siti. Mudah2an ogumu ot kowosian diti mongowit tokow dot
Saya pernah mengajar pd tahun 1989/99 di sk ini.. Tahniah, kerana perubahan dr segi fizikal SK. Popok KM meningkat ketara berbanding semasa saya bertugas d sini.. Salam utk Cikgu Siti Roha, Ustazah Marizah Sapah & Cik Nyenah Labas..
ReplyDeletehai cikgu...kak Nyenah Labas saya kenal, dia skrg bertugas di SJK (C) Khoi Ming, Kota Marudu
DeleteOk cikgu
DeleteBangunan sekolah nampak kemas dan bersih je. Semoga anak2 di sini akan maju jaya di bawah bimbingan cikgu-cikgu, mudahan.. :)
ReplyDeleteAamin
ReplyDelete